Friday, July 19, 2024
HomeBERITAGEGAR VAGANZA : Memperolehi markah terendah, Roy akur perjuangan terhenti pada minggu...

GEGAR VAGANZA : Memperolehi markah terendah, Roy akur perjuangan terhenti pada minggu kelapan

Program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza 2019 musim keenam (GV6) menyaksikan penyanyi Roy terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan seperjuangan apabila namanya tersenarai sebagai peserta tersingkir pada konsert minggu kelapan Ahad lalu.

Roy akui perjuangannya terhenti apabila gagal mara ke pusingan suku akhir kerana memperolehi markah paling rendah iaitu 55 peratus daripada peserta lain.

Namun kehangatan program nyanyian GV6 diteruskan untuk minggu kesembilan atau pusingan suku akhir di antara persaingan lapan orang peserta.

Berikut merupakan senarai lagu yang bakal dipertandingkan oleh para peserta pada minggu hadapan, Naqiu Boboy (Tingting), Hadi Mirza (Taman Rashidah Utama), Jatt (Mimpi Laila), Wann (Hitam Putih Kehidupan), Nur Fatima (Jangan Lafazkan), Sham Visa (Dari Sinar Mata), One Nation Emcees (Hati Emas) dan Noorshila Amin (Ahai Usahlah).

Sementara itu, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang kekal memegang peranan sebagai juri tetap program nyangian Gegar Vaganza yang bersiaran di saluran Astro Ria.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments