Ia bagaimanapun dapat dikawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan tiada kecederaan atau mana-mana tahanan melarikan diri susulan kejadian itu.
“Kita cuma dimaklumkan terdapat beberapa kerosakan dalam kejadian itu yang hanya membabitkan sebuah blok,” katanya.
Memetik laporan media tempatan, Datuk Hazani berkata, siasatan awal mendapati kebanyakan tahanan dikatakan tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan pulang menjelang Hari Raya.
“Tahanan bertindak sedemikian disebabkan mereka tidak dapat balik Hari Raya. Kalau ingat 2015 lalu, dua hari sebelum Hari Raya, mereka juga merusuh sebab nak balik Raya.
“Sekarang ini, penghantaran balik tahanan ke negara asal terganggu disebabkan pandemik COVID-19,” katanya.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply