Wednesday, May 15, 2024
HomeBERITAGara-gara memaki hamun polis, lelaki antivaksin direman

Gara-gara memaki hamun polis, lelaki antivaksin direman

Gara-gara memaki hamun polis, seorang lelaki antivaksin direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membabitkan lima pertuduhan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah reman benarkan terhadap suspek bermula hari ini hingga Sabtu ini.

“Polis sudah memohon reman terhadap suspek yang berusia 29 tahun itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini selepas dia ditahan malam tadi.

“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” ujarnya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, suspek memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa selepas dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Sri Damansara, dekat sini kelmarin.

Bagaimanapun suspek diberkas di kediamannya di apartmen di Bandar Sri Damansara, kira-kira pukul 10 malam pada hari yang sama dan video kedua-dua insiden itu dirakam suspek dan tular di laman sosial Facebook.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments