Monday, May 27, 2024
HomeBERITAGambar panas Zul Ariffin dan Intan Najuwa, PU Syed sarankan kedua-dua pelakon...

Gambar panas Zul Ariffin dan Intan Najuwa, PU Syed sarankan kedua-dua pelakon ini bernikah

Susulan tersebarnya foto panas adegan berpelukan pelakon Zul Ariffin dan Intan Najuwa di pantai, pelbagai komen dan cemuhan dilemparkan di media sosial baru-baru ini.

Malah foto intim berkenaan turut menjadi perhatian Pencetus Ummah, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed yang terkenal dengan kelantangan menyuarakan pendapat.

PU Syed terpanggil membuat teguran terbuka terhadap kedua-dua pelakon terbabit rentetan foto mesra yang melanggar hukum agama.

Teguran yang dibuat menerusi laman Instagramnya, PU Syed menyarankan kedua-dua pelakon berkenaan bernikah.

Tambahnya lagi, perbuatan mereka itu dilihat seakan tidak takut dengan balasan di akhirat kerana telah melanggar perintah dan larangan Allah SWT.

Menurut PU Syed, pihak Menteri Agama dan Jakim perlu memainkan peranan berkaitan isu ini dan membuat satu garis panduan buat para selebriti tempatan bagi membendung gaya hidup negatif.

Gambar yang tular di platform media sosial itu pada mulanya dikatakan salah satu babak drama Setelah Ku Dimiliki yang bersiaran di slot Akasia TV3 namun dinafikan oleh pengarah, Osman Ali dan krew drama terbabit.

Dalam pada itu, Osman Ali turut menafikan foto intim terbabit sebagai salah satu strategi promosi untuk menaikkan rating drama berkenaan.

Sebelum ini, hangat diperkatakan aksi mesra kedua-dua pelakon ini apabila memuatnaik gambar memperlihatkan Zul meletakkan tangan di peha Intan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments