Monday, May 13, 2024
HomeBERITAFesyen tangkap muat peserta Dewi Remaja 2019 dikritik pedas oleh Michael Ang

Fesyen tangkap muat peserta Dewi Remaja 2019 dikritik pedas oleh Michael Ang

Fesyen pakaian yang digayakan oleh beberapa peserta Dewi Remaja 2019 disamakan seperti ‘kelambu nyamuk’ dan ‘baju tentera jepun’ oleh pengarah filem dan drama, Michael Ang.

Menerusi laman Instagram pengarah berbangsa Cina mualaf itu, dia telah memuat naik entri fesyen pakaian yang digayakan oleh peserta program berkenaan.

Michael Ang turut mempersoalkan kemahiran ‘stylist’ yang bertugas dan bertanggungjawab untuk menata rias peserta Dewi Remaja.

Menurutnya, hasil kerja penata rias yang terlibat untuk mencantikkan peserta program terbabit dianggap ‘tangkap muat’ seperti hanya untuk memenuhi syarat berfesyen dan hasilnya amat mendukacitakan.

Malah kemahiran jurufotografi turut dikritik oleh pengarah tersohor itu yang menganggap tidak profesional kerana hasil foto yang diambil turut terselit beberapa penonton di dalam gambar salah seorang peserta.

Para peminat dan pengikut di laman Instagramnya turut bersetuju dengan teguran pedas yang diutarakan oleh Michael Ang.

Bahkan netizen turut menyuarakan pendapat mereka di ruangan komen dan menyifatkan topi yang dipakai oleh salah seorang peserta seperti topi melakukan kerja di kebun.

Kini, program pencarian Dewi Remaja 2019 sedang rancak memulakan misinya dalam mengetengahkan personaliti remaja contoh untuk generasi baharu masa kini.

Dengan menampilkan 12 finalis yang terpilih, program ini dihoskan oleh Amelia Henderson serta diadili oleh juri tetap iaitu pelakon Scha Al-Yahya dan Yusry Abd Halim.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments