Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAFauziah Nawi merafak sembah campur tangan Yang di-Pertuan Agong, mohon kerajaan benar...

Fauziah Nawi merafak sembah campur tangan Yang di-Pertuan Agong, mohon kerajaan benar aktiviti penggambaran

Pelbagai golongan terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0) yang memerlukan semua pihak mematuhi SOP dan syarat PKP yang ditetapkan pihak berwajib.

Melalui perkongsian laman media sosial Instagramnya, aktres versatile Seniwati Fauziah Nawi berkongsi luahan perasaannya.

Fauziah Nawi yang lebih mesra dipanggil ‘ibu’ berkata golongan seni turut melalui kesusahan dan amat terkesan dengan pelaksanaan PKP memandangkan pihak kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran dijalankan.

Sehubungan itu, Fauziah berharap orang atasan termasuk campur tangan pihak Istana Negara memohon kerajaan membenarkan semula aktiviti pengambaran.

“Rasa nak merafak sembah Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong untuk sampaikan pesan kepada PM (perdana menteri) dan menteri MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya membenarkan karyawan shooting semula dengan patuh SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan.

“Tuanku, rakyat golongan produksi dalam keadaan genting. Ampun Tuanku,” kongsinya.

Terdahulu, sebelum ini kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran dilakukan susulan pelaksanaan PKP sejak 13 Januari lalu dan kini disambung sehingga 18 Februari depan.

Dilaporkan, hanya kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan melakukan aktiviti penggambaran drama atau filem.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT permudahkan urusan semua pihak agar serangan wabak pandemik dapat dilenyapkan di muka bumi secepat mungkin.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

https://www.youtube.com/c/TheMalayaPost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments