Monday, June 17, 2024
HomeBERITAFasa pertama hantar pulang PATI bermula 6 Jun

Fasa pertama hantar pulang PATI bermula 6 Jun

Proses penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sedang diuruskan dan beberapa negara telahbersetuju untuk menerima kembali rakyat mereka.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak berkuasa telah membuat saringan COVID-19 ke atas PATI di tiga depot imegresen iaitu di Bukit Jalil, Semenyih dan KLIA.

“Setakat hari ini, pihak kerajaan telah menjalankan saringan keseluruhan COVID-19 ke atas 4,807 PATI serta pegawai dan kakitangan di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan saringan tersebut dibuat dan merangkumi 1,545 DTI Bukit Jalil, 1,785 DTI Semenyih dan 1,477 di DTI KLIA.

“Daripada jumlah yang disaring, 385 individu didapati positif COVID-19 termasuk seorang kakitangan DTI Semenyih.

” Manakala 37 individu lagi masih menunggu keputusan”, ujar beliau.

Beliau menambah, kesemua mereka telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, MAEPS, Serdang untuk rawatan dan daripada jumlah yang dihantar, seramai 26 PATI telah discaj serta dalam proses penghantaran pulang ke negara asal.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama Wisma Putra juga telah mengadakan satu mesyuarat bersama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) mengenai penghantaran pulang PATI Indonesia pada 28 Mei lalu malah kesemua PATI Indonesia yang akan dihantar pulang akan menjalani ujian RTK Antigen, yang mana pihak KBRI dijemput untuk turut berada semasa ujian dijalankan.

“Fasa pertama penghantaran pulang PATI akan bermula pada 6 Jun 2020 dan akan melibatkan 2,189 warga Indonesia yang berada di depot-depot Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta 672 PATI di depo-depot Imigresen di Sabah.

“Kumpulan pertama yang melibatkan 450 PATI akan dihantar pulang dengan 3 penerbangan ke Jakarta, Medan dan Surabaya pada 6 Jun 2020.

“Ianya akan diikuti pada 10 Jun 2020 dengan penghantaran pulang 445 PATI ke Jakarta, Medan dan Surabaya,” ujar beliau

Proses penghantaran pulang juga akan menggunakan jalan laut, di mana 1,294 PATI dijadualkan berlepas ke Medan pada 22 Jun 2020.

Manakala fasa kedua pula akan melibatkan 2,623 PATI yang akan dihantar pulang dalam masa dua bulan berhubung dengan dokumen pati yang belum siap.

Berhubung dengan perkara berkenaan, pihak KBRI juga dibenarkan untuk membuat lawatan konsular bagi menguruskan urusan dokumentasi PATI yang belum mempunyai dokumen perjalanan.

Dalam pada itu, beliau mewakili pihak kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Indonesia atas kerjasama yang telah diberikan

Tambah beliau lagi, JIM bersama Wisma Putra sedang berbincang dengan Kedutaan Nepal dan Bangladesh bagi menghantar pulang 246 PATI Nepal dan juga 2,476 PATI Bangladesh yang berada di Depot Tahanan Imigresen.

Beliau turut memaklumkan berita terbaru yang diterima dari Kedutaan Kemboja juga telah menyatakan kesediaan untuk menerima pulang 67 warganegara yang berada di Depot Tahanan Imigresen.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments