Thursday, May 23, 2024
HomeBERITASaloma Link akan menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke Malaysia

Saloma Link akan menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke Malaysia

Jambatan pejalan kaki yang menghubungkan ibu negara dengan Kampung Baru yang diberi nama Saloma Link membabitkan kos mencecah RM31 juta bakal menjadi mercu tanda Kuala Lumpur selepas KLCC.

Jambatan ini juga telah dibuka kepada umum pada penghujung November, tahun lalu.

Disini kami kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Saloma Link untuk tatapan anda:

* Jambatan atau jalan pejalan kaki sepanjang 370 meter.

* Dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

* Menghubungkan dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh dari KLCC.

* Pelancong berpeluang mengambil gambar berlatarkan KLCC di dua kawasan bergambar yang disediakan.

* Konsep seni binanya diinspirasikan ‘Sirih Junjung’ yang sangat sinonim dengan adat resam budaya Melayu.

* Dilengkapi dengan sistem pencahayaan canggih yang akan menonjolkan keunikan jambatan ini pada waktu malam, sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia.

* Menjamin keselamatan pejalan kaki sekaligus dapat memendekkan tempoh masa berjalan dari Kampung Baru ke KLCC.

* Bakal menjadi ikon pembangunan pesat Kuala Lumpur sekaligus menarik lebih ramai pelancong untuk ke Kampung Baru.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments