Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAEzad Lazim sibuk buat persiapan persandingan kali kedua

Ezad Lazim sibuk buat persiapan persandingan kali kedua

Ezad Lazim bakal bersanding buat kali kedua?

Berita berkenaan dikongsi sendiri oleh Ezad namun menurutnya, persandingan buat kali kedua ini bukanlah dengan wanita yang berbeza tetapi bersama isteri yang tersayang, Nor Azeana Ramli sebagai simbolik menyambut ulang tahun perkahwinan ketujuh.

Ezad turut memuat naik beberapa video memaparkan gelagat isterinya yang sedang mencuba gaun pengantin untuk majlis mereka nanti, namun Ezad sempat mengusik isterinya “siapa yang nak bersanding ni yang?”.

Di samping menyambut ulang tahun perkahwinan, mereka juga akan
melancarkan dan merasmikan Cinta White Ballroom by Ezad Lazim hasil kerjasama pengurusannya, Ezadzeanadventures dan Ilhamkayaman Sdn Bhd.

Majlis persandingan dan perasmian terbabit bakal diadakan pada 29 Mac di White Ballroom Petaling Jaya.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments