Syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu (UAE), ETIHAD Airways menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang telah memvaksinkan kesemua juruterbang dan kru kabinnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etihad Aviation Group, Tony Douglas dalam kenyataannya menjelaskan perkara ini direalisasikan melalui inisiatif vaksinasi pekerja “Protected Together” Etihad yang dilancarkan secara rasmi pada Januari lalu.
“Kami menyediakan vaksin untuk semua kru, bukan sahaja membantu memerangi COVID19, tetapi juga untuk memastikan penumpang berasa yakin apabila terbang bersama kami.
Pelaksanaan ini juga menepati sasaran kerajaan UAE untuk memberikan imunisasi kepada separuh populasi UAE menjelang akhir Mac.
Untuk rekod, Etihad antara yang mendahului senarai dengan 75 peratus tenaga kerjanya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
“Kami juga merupakan satu-satunya syarikat penerbangan di dunia yang mewajibkan saringan COVID19 bagi setiap penumpang dan anak kapal sebelum penerbangan,” tambah Tony lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden Perkhidmatan Perubatan dan CSR, Etihad Aviation Group, Dr Nadia Bastaki memberitahu selain dari mengikuti program vaksinasi nasional, pihaknya juga bekerja keras untuk mendapatkan status klinik vaksinasi COVID-19 yang diluluskan bagi menyokong serta memudahkan akses vaksin untuk kakitangan dan tanggungan mereka.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply