Pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel memilih hari Jumaat penuh barokah menghalalkan hubungan bergelar suami isteri.
Pasangan ini turut memuatnaik foto pernikahan menerusi platform media sosial Instagram peribadi masing-masing sebentar tadi.
Majlis akad nikah dilaksanakan oleh jurunikah, Ustaz Zainal berwalikan bapa Ernie, Zakri Ahmad pada jam 10.30 pagi.
Majlis berlangsung secara tertutup bertempat di Masjid Puncak Alam, Selangor dihadiri 20 ahi keluarga terdekat kedua-dua belah pihak mengikut Standard Operation Procedures (SOP) yang ditetapkan.
Pada majlis itu, Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian selain lima dulang hantaran berbalas tujuh oleh Ernie.
Walaubagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan.
Untuk rekod, pemilik nama Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28 dan Nur Ernie Shahirah, 29 mulai rapat selepas terlibat dalam program Duo Star terbitan Astro pada tahun 2017 dan mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.
“Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkatan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan. Amin Ya Rabbal Alamin”
Tahniah dari kami warga kerja portal The Malaya Post. Semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah ❤️
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply