Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAEnam tumpuan utama Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek COVID-19

Enam tumpuan utama Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek COVID-19

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook, Menteri Kewangan, Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan perjumpaan dengan rakan sekerja di kementerian beliau.

Perjumpaan ini melibatkan perbincangan mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca jangka pendek COVID-19.

Menurutnya, pihak kementerian terbabit berkongsi perkembangan terkini dan cabaran yang dikenal pasti serta maklumbalas yang diperolehi daripada pihak berkepentingan iaitu sektor awam dan mahupun swasta.

Seperti yang pernah beliau kongsi sebelum ini, pelan berkenaan akan merentasi 6 tumpuan, antaranya :

1) Pengoperasian untuk menjamin kesihatan

2) Meningkatkan kebolehan (kemahiran serta ilmu) dan menjana pekerjaan

3) Menggalakkan perbelanjaan di kalangan pengguna

4) Sokongan pemulihan perniagaan PKS dan Mikro

5) Membina ketahanan dan pembangunan syarikat-syarikat

6) Meningkatkan keyakinan pelabur dan mengenal pasti peluang pembangunan jangka masa pendek.

Manurutnya lagi, Kementerian Kewangan akan terus mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan bagi memastikan pelan yang bakal dihasilkan adalah menyeluruh dan membolehkan ekonomi berkembang semula demi kesejahteraan rakyat dan negara.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=134504588199296&id=102339531415802

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments