Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAEnam langkah ringkas penjagaan kulit wajah

Enam langkah ringkas penjagaan kulit wajah

Rutin penjagaan kulit yang betul penting dalam usaha mendapatkan kulit wajah yang bersih dan sihat.

Jika tidak dijaga dengan betul, boleh menimbulkan pelbagai masalah kulit wajah dikemudian hari.

Tips ringkas di bawah nampak mudah dan sangat basic.

Namun berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar konsisten dalam melakukan langkah penjagaan kulit wajah?

Jom, kita ‘refresh’ rutin penjagaan kulit yang praktikal dan wajib.

Cubalah untuk mempraktikkannya dalam rutin harian anda.

1. Pilih produk sesuai dengan jenis atau masalah kulit.

Pasti ramai yang pernah tersilap langkah dalam memilih produk yang benar-benar sesuai dan juga terpengaruh dengan promosi pengiklanan produk penjagaan muka di pasaran.

Sebaiknya, kenali masalah kulit anda terlebih dahulu dengan melakukan ‘skin analysis’ menggunakan alatan khas. Ianya 99 peratus tepat dan anda akan terus dapat mengenalpasti masalah kulit.

Dari situ, barulah anda tahu produk bagaimanakah yang bertepatan dan mampu menangani masalah kulit anda.

2. Cuci muka dua kali sehari, terutamanya sebelum tidur.

Walaupun kita baru bangun tidur dengan wajah polos yang telah dibersihkan pada malam sebelumnya, namun mata kasar tidak mampu melihat kotoran dan kuman pada tempat tidur. Begitu juga sentuhan jari ke muka yang belum pasti tahap kebersihannya.

Apatah lagi di waktu malam, kulit perlulah bersih dari solekan dan kekotoran. Inilah waktunya ia sedang bekerja dan memperbaiki sel kulit.

Mulakan pembersihan dengan ‘exfoliating gel’ diikuti dengan pencuci muka.

Jika wajah disolek, wajib untuk membersihkannya dengan ‘makeup remover’, diikuti pencuci muka.

3. Amalkan rutin penjagaan wajah dengan konsisten.

Jangan tinggalkan rutin ini.
Pencuci, toner, serum, pelembab, krim siang, sun block, krim malam atau ‘night mask’ adalah perlu.

Seminggu sekali scrub wajah untuk menyingkirkan ‘blackhead’ , ‘whitehead’ , sebum berlebihan dan juga sel kulit mati.

Kemudian, aplikasi masker pada wajah.
Terdapat 2 jenis masker di pasaran.
Masker jenis ‘peel off’ bertujuan untuk menarik keluar kekotoran dan sebum berlebihan di wajah.
Manakala masker biasa lebih kepada memberi nutrisi yang diperlukan kulit. Jadi, pilih masker yang bersesuaian dengan keperluan kulit anda.

4. Elakkan makan makanan yang terlalu berminyak dan kurang berkhasiat.

Begitu juga ‘junk food’. Ia bukan saja tidak memberi sebarang kebaikan, malahan mengundang penyakit pula.

5. Kawal emosi atau stress anda. Ini penting.

Setiap dari kita berhadapan masalah dan dugaan dalam hidup. Cara kita menangani dan mengatasinya sangat penting. Hidup dalam tekanan dalam tempoh yang panjang bukan saja memberi kesan negatif kepada diri, malah mereka yang tersayang di sekeliling turut merasai impaknya.

6. Disiplinkan diri.

Alah bisa tegal biasa.

Tidak ada cara mudah untuk mendapat kulit yang cantik dan bersih. Ianya memerlukan usaha dan sedikit pelaburan.

Kesannya, kulit anda kekal cantik dan sihat tanpa masalah walaupun telah dimamah usia.

Jom kekal cantik!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments