PONTIAN : Sebanyak empat parti politik dan seorang calon Bebas telah mengesahkan pencalonan masing-masing untuk bertanding merebut kerusi P165, Parlimen Tanjung Piai pagi ini.
Kesemua bakal calon berkenaan telah mengesahkan diri masing-masing untuk hadir pada proses penamaan calon yang akan bermula pada 9 pagi dengan bakal calon diberi tempoh sejam sehingga 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan.
Keputusan rasmi senarai calon yang layak bertanding pula di jangka bakal di umum SPR pada jam 11 pagi.
Berikut adalah senarai parti politik dan calon yang telah mengumumkan pencalonan mereka setakat jam 12 tengah malam tadi.
1. Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng (BN-MCA)
2. Hj Karmaine Sardini (PH-PPBM)
3. Wendy Subramaniam (GERAKAN)
4. Dato’ Ir Ts Dr Badhrulhisham (BERJASA)
5. Datuk Shamsubahrin Ismail (BEBAS)
PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung pada 21 September lalu.
Pada PRU ke 14 yang lalu, Allahyarham Datuk Dr Md Farid memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 21,254 undi menewaskan Wee (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS), dengan majoriti 524 undi.


Leave a Reply