Monday, May 20, 2024
HomeBERITAEmma Maembong selamat lahirkan ‘baby boy’

Emma Maembong selamat lahirkan ‘baby boy’

“Alhamdulillah…8.11.20 Allah is the greatest.”

Inilah kapsyen ringkas tanda kesyukuran Muhammad Shazli Azhar, suami kepada pelakon Emma Maembong setelah bergelar seorang bapa.

Menerusi perkongsian berita gembira ini di laman media sosial Instagram miliknya mengumumkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu.

Juruterbang ini turut berkongsi foto anak sulung mereka, sekaligus menamatkan tanda tanya mengenai desas-desus Emma yang dilaporkan sudah bersalin.

Perkongsian itu sudah tentu menerima reaksi gembira dari pengikutnya dan dihujani ucapan tahniah.

Rakan artis turut sama merakamkan ucapan antaranya rakan baik Emma sendiri, Alvin Chong, Natasha Hudson, Tiz Zaqyah, Izara Aisyah Natrah Khalid dan juga Idris Khan.

Untuk rekod, Emma Maembong, 27, telah melangsungkan perkahwinan dengan Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup bertempat di sebuah premis acara Bukit Damansara, 20 Februari lalu.

Selamat menjalani tempoh berpantang dan selamat menempuh alam keluarga yang baru.

Tahniah dari kami warga The Malaya Post.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments