Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein atau nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah selamat diijab kabul bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh.

Meskipun 10 tahun beza jarak usia, namun kalau dah jodoh ianya bukan penghalang melayari ikatan perkahwinan.

Majlis akad nikah dan resepsi Elly dan Azlan yang bertemakan Malam Bulan di Pagar Bintang dilakukan di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur dan majlis berjalan meriah dengan kehadiran sanak saudara dan juga sahabat handai pasangan mempelai.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Elly sendiri,Syed Hanafi Syed Abdullah dan dengan sekali lafaz, Elly sah menjadi milik Azlan.

Elly menerima mas kahwin seutas gelang tangan bernilai RM1,800 dan Elly menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dari pihak lelaki.
Majlis resepsi dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Akim Ahmad, Nizam Laksamana, Gmie Screen, Aris Ariwatan dan Intan Sarafina
Terdahulu pasangan ini mengadakan majis bertunang dan diraikan dengan majis berinai sehari sebelum diijabkabul. –THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply