Saturday, July 13, 2024
HomePOLITIKElaun khas doktor, kakitangan perubatan, imigresen

Elaun khas doktor, kakitangan perubatan, imigresen

Berita baik untuk penjawat awam berkenaan.

Kerajaan akan memberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ia sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan di dalam memerangi COVID-19.

Elaun khas RM200 juga akan diberikan kepada petugas Imigresen dan kakitangan lain yang terbabit.

Turut menerima manfaat ini, pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong serta penarik beca yang berdaftar.

Mereka bakal menerima bayaran secara ‘one-off’ sebanyak RM600.

“Bantuan elaun khas itu berkuatkuasa Februari 2020 hingga wabak ini berakhir.

“Sehingga ini, Kementerian Kesihatan telah membelanjakan sebanyak RM150 juta bagi pembelian peralatan, ubat dan barangan guna pakai dalam usaha pengawalan wabak COVID-19,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tun Dr. Mahathir berkata demikian dalam ucapan pakej rangsangan ekonomi 2020 bertema “Memperkukuh keyakinan, merangsang pertumbuhan, melindungi pekerjaan” di putrajaya.

Pakej rangsangan ekonomi itu kerajaan akan menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memastikan wabak

COVID-19 dapat diuruskan dengan baik dan terkawal.

Katanya, kerajaan juga menggalakkan majikan supaya menambah pelaburan dalam meningkatkan produktiviti modal insan pada ketika aktiviti ekonomi perlahan.

“Oleh itu, kerajaan akan menawarkan potongan berganda kepada perbelanjaan ke atas latihan bagi sektor pelancongan.

“Kerajaan juga akan menyediakan RM100 juta geran-padanan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) untuk membiayai tambahan 40,000 pekerja daripada sektor pelancongan dan sektor lain yang terkesan,” katanya.

Kerajaan seterusnya kata Tun Dr. Mahathir, memperuntukkan RM50 juta untuk subsidi pembiayaan kursus jangka pendek dalam bidang digital dan berkemahiran tinggi.

“Insentif ini dijangka memberi manfaat kepada 100,000 rakyat Malaysia. Pekerja yang terjejas boleh bergantung kepada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dananya kini berjumlah RM1.1 billion.

“Selain itu, SIP akan ditambah baik melalui kos latihan yang boleh dituntut ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000. Sebagai tambahan,

Elaun latihan harian sebanyak RM30 sehari juga disediakan kepada pelatih,” katanya.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments