Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAEkonomi negara membangun hasil sikap toleransi Keluarga Malaysia - PM

Ekonomi negara membangun hasil sikap toleransi Keluarga Malaysia – PM

BERA, 30 Oktober – Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi hasil toleransi Malaysia berjaya mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbaik di Asia Tenggara.

“Saya lihat di Bera ini walaupun kita ada pelbagai kaum dan agama tapi mampu hidup aman dan harmoni negara yang makmur dan harmoni sahaja membolehkan kita kerajaan memberi fokus pembangunan ekonomi.

“Ramai diantara golongan peniaga mahu melihat politik stabil dan negara aman baru boleh menjalankan perniagaan.

“Dengan kerhamonian yang ada pada kali ini kita lihat ekonomi kita bertambah baik berbanding lepas KDNK 8.9 peratus merupakan yang terbaik di Asia Tenggara,” katanya.

Selain KDNK, kadar inflasi serta pengangguran di negara ini juga dapat ujar Ismail Sabri dapat dikurangkan berbanding negara lain.

“Untuk membolehkan kita capai keharmonian membangunkan ekonomi kita mesti pastikan negara makmur dan aman.

“Cara paling baik adalah keharmonian kita wujdukan bersama kita kesepakatan sesama kita dan hidup sebagai satu keluarga besar, Keluarga Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Muafakat Keluarga Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Triang 2 di sini pada Ahad.

Dalam majlis itu, Ismail Sabri turut mengumumkan kelulusan peruntukan kepada 28 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Tokong, Kuil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sekitar Bera.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments