Wednesday, October 16, 2024
HomeBERITAKeluarga Malaysia: e-FFB atasi masalah kecurian kelapa sawit

Keluarga Malaysia: e-FFB atasi masalah kecurian kelapa sawit

Ini pula berita baik untuk warga pekebun kelapa sawit. Anda tidak lagi perlu risau berkenaan isu kecurian atau penipuan.

Ini kerana dengan adanya Sistem Elektronik Tandan Buah Segar (e-FFB) ia mampu membela nasib pekebun kelapa sawit di seluruh negara.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, ia adalah inisiatif kerajaan dalam usaha bagi menangani isu kecurian dan penipuan timbangan yang kerap ditimbulkan oleh pekebun kecil.

Katanya, projek rintis e-FFB dilaksanakan di Tanjung Piai pada 1 April tahun lalu melibatkan seramai 6,045 pekebun kecil kelapa sawit dengan kelusan 11,954 hektar.

“Kementerian menerima keluhan pekebun kecil yang mengalami kehilangan pendapatan sehingga 25 peratus disebabkan kecurian dan isu timbangan buah tandan segar (BTS).

“Kami berharap sekiranya sistem ini diperluas kelak, banyak manfaat dapat dinikmati terutama pekebun kelapa sawit yang mempunyai tanah di bawah lima ekar,” katanya.

Tambah Jeck Seng yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai, dengan adanya e-FFB memastikan urus niaga lebih telus yang bermula daripada pekebun kecil, pembeli dan juga pengilang.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta UPM membuat kajian mengenai kesesuaian tanah di Pontian bagi tanaman kelapa sawit agar pengeluaran mereka meningkat.

Katanya, kebanyakan kawasan yang ditanam kelapa sawit adalagh tanah gambut menyebabkan daya tahan tidak begitu lama serta banyak pokok tumbang apabila mencapai usia 10 tahun.

“Mungkin perlu ada kajian awal supaya kelapa sawit yang ditanam di tanah gambut akan lebih tahan lama serta tidak berlaku pokok tumbang sehingga merugikan pekebun kecil,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kajian tersebut akan dapat membantu pekebun kecil mengambil langkah awal sebelum memulakan tanaman supaya tiada lagi berlaku masalah tersebut.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments