Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA“Dunia saya kini bagaikan dalam kegelapan” - Najib Razak

“Dunia saya kini bagaikan dalam kegelapan” – Najib Razak

Berita duka pemergian figura bonda negara Malaysia, Allahyarhamah Tun Rahah di hari Jumaat yang penuh rahmat memberi kesan emosi yang amat mendalam terhadap mantan Perdana Menteri keenam, Dato’ Seri Mohd Najib Razak.

Melalui luahan hati di laman media sosialnya jelas menggambarkan rasa duka dan lara beliau dengan pemergian bonda yang juga balu kepada Perdana Menteri kedua negara.

“Ya Allah Ya Tuhanku.

Ampuni lah kedua-dua ibu bapa ku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihku dari lahir.

Cucurilah rahmat ke atas roh kedua-duanya. Aku memohon, tempatkanlah kedua-duanya di syurgaMu.

Hanya kepadaMu aku memohon doa. Amin Ya Rabbil Alamin….”

Begitulah titipan doa dari bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak buat bonda tersayang, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, 87 yang telah kembali ke Rahmatullah petang semalam.

Pagi ini jenazah dibawa ke Masjid Ar-Rahah  untuk pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Masjid Negara.

Sehubungan itu, kerajaan memutuskan Allahyarhamah Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Berita berkenaan disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu satu kenyataan media petang semalam.

 

 

Kasih ibu membawa ke Syurga, kasih bapa sepanjang masa. Hanya doa penghubung kasih sayang anak dengan ibu bapa yang telah kembali kepada Sang Pencipta.

 

Kami warga kerja portal The Malaya Post mendoakan agar roh Allahyarhamah Tun Rahah ditempatkan bersama para Solehin dan tergolong bersama insan-insan yang mendapat kasih sayang Allah SWT.

Al-Fatihah.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments