Monday, June 17, 2024
HomeBERITADua wanita dicekup, dalang kes penipuan pelaburan tidak wujud

Dua wanita dicekup, dalang kes penipuan pelaburan tidak wujud

BALING, 25 Ogos – Lagi kes penipuan pelaburan wang yang tidak wujud.

Di Baling, Kedah dua wanita termasuk seorang daripadanya sedang sarat mengandung ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes penipuan pelaburan wang yang tidak wujud dikenali sebagai “Savingbywaniey atau Free Cash (FC)”.

Kedua-dua wanita berusia 30 tahun itu ditahan di sekitar Baling, Kedah, petang semalam.

Setakat ini, polis telah menerima 33 laporan membabitkan kerugian wang berjumlah RM1.2 juta.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian terbaharu Jun lalu, seorang pembantu kedai berusia 30 tahun kerugian sebanyak RM18,000 setelah tertarik dengan satu iklan di laman sosial Facebook atas nama “Eypolwaniey” yang mengiklankan tentang pelaburan dan simpanan.

Pengadu tanpa berfikir panjang bersetuju untuk menyertai pelaburan dengan modal sebanyak RM6,000 dan dijanjikan akan mendapat pulangan sebanyak RM12,000 dalam tempoh dua bulan iaitu pada 15 Ogos lalu.

Mangsa kemudiannya telah membuat transaksi secara dalam talian sebanyak RM6,000 kepada satu akaun bank yang diberikan suspek.

Mangsa kemudian bersetuju untuk menambahkan lagi modal pelaburannya.

Bagaimanapun pada 15 Ogos lalu, mangsa mendapati wang modal dan keuntungan yang dijanjikan masih tidak diperolehi dan suspek telah menghilangkan diri.

Mangsa telah membuat laporan polis pada 19 Ogos lalu dan satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).

Jelas Supritendan Shamsudin, polis kini giat memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai Norsyazwany A. Rahim, berusia 23 tahun dan beralamat di Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling bagi membantu siasatan.

Orang ramai dinasihatkan agar membuat laporan polis jika terbabit dalam sindiket penipuan pelaburan ini.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments