Monday, May 13, 2024
HomeBERITADua jet pejuang Taiwan hilang disyaki berlanggar di ruang udara

Dua jet pejuang Taiwan hilang disyaki berlanggar di ruang udara

Dua jet perang Taiwan hilang hari ini selepas disyaki berlanggar di ruang udara di luar di selatan pulau tersebut, kata agensi menyelamat kerajaan.

Dua jet jenis F-5E itu hilang dari radar kira-kira  pukul 3 petang (waktu tempatan) sekitar 2.6 kilometer di luar pantai daerah Pingtung, kata Pusat Perintah Penyelamat Kebangsaan.

Dua pesawat itu antara empat jet F-5E yang berlepas 30 minit sebelumnya untuk misi latihan biasa, kata markas tersebut yang menambah, sebuah helikopter dan beberapa kapal pengawal pantai telah menyertai usaha pencarian.

Sebilangan jet perang Taiwan yang sudah berusia mengalami  kemalangan maut sejak beberapa  tahun kebelakangan ini ketika pasukan tentera udara pulau itu berada di bawah tekanan berterusan oleh China.

Pada Oktober tahun lalu, seorang juruterbang F-5E terbunuh apabila jetnya terhempas di timur Taiwan.

Sebulan kemudian, Taiwan menggantung sementara operasi semua jet F-16 untuk pemeriksaan keselamatan selepas sebuah jet itu hilang semasa latihan.

F-5E merupakan pesawat tempur generasi lama dengan reka bentuknya dihasilkan dalam tahun 1960-an. – AFP

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments