Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADr. Zaini Ujang ‘Clock Out’ di KPT

Dr. Zaini Ujang ‘Clock Out’ di KPT

PUTRAJAYA, 1 Mac – Suasana penuh syahdu menyelubungi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) apabila Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang melangkah keluar buat kali terakhir sebagai Ketua Setiausaha KPT, menandakan berakhirnya satu lagi era kepimpinan cemerlang dalam sektor pendidikan tinggi negara.

Majlis perpisahan itu bukan sekadar simbolik ‘clock out’, tetapi juga satu penghormatan kepada seorang tokoh yang telah banyak menyumbang dalam pentadbiran, dasar, dan hala tuju pendidikan tinggi di Malaysia.

Hadir mengiringi beliau seusai mesyuarat pasca kabinet terakhirnya ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Kadir, bersama warga kementerian yang lain, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan dedikasi beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.

Dato’ Seri Zaini bukanlah nama asing dalam dunia akademik dan pentadbiran awam.

Seorang jurutera, akademik, dan pentadbir berpengalaman, beliau telah memainkan peranan penting dalam pelbagai inisiatif pendidikan tinggi, dari pengukuhan dasar TVET, hubungan industri-IPT, hingga inovasi dalam pendidikan digital.

Sebagai Ketua Setiausaha KPT, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang sentiasa komited dalam memperjuangkan transformasi pendidikan tinggi ke arah lebih berdaya saing di peringkat global.

Dalam ucapannya, Dr. Zambry menyampaikan rasa penghargaan yang mendalam kepada Dato’ Seri Zaini atas segala jasa dan usaha yang telah dicurahkan.

“Kepada Dato’ Seri Zaini, selamat bersara. Terima kasih atas segala jasa dan budi. Semoga dapat terus menyumbang bakti walau di mana jua berada,” katanya.

Sesi perpisahan ini berlangsung dalam suasana penuh keakraban, dengan ramai rakan sekerja mengambil peluang untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam fasa baharu kehidupannya.

Walaupun secara rasmi beliau menamatkan perkhidmatannya di KPT, sumbangan dan legasi Dato’ Seri Zaini dalam dunia pendidikan tinggi akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments