Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik meminta penduduk Simpang Renggam agar tidak berkunjung ke klinik dan hospital jika tiada kepentingan atau sekadar hendak menemani pesakit.
Ini kerana mereka perlu mengurangkan jumlah khalayak di tempat-tempat berisiko bagi mengurangkan jangkitan COVID-19 bagi tempoh dua minggu.
RAYUAN KEPADA PENDUDUK SIMPANG RENGGAM AGAR TIDAK BERKUNJUNG KE KLINIK/HOSPITAL JIKA TIADA KEPENTINGANSaya menerima…
Dikirim oleh Dr Maszlee Malik pada Sabtu, 21 Maret 2020
Beliau merayu agar penduduk semua sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan para petugas kesihatan kerana sekiranya kebajikan mereka tidak terjaga, siapa lagi yang boleh diharapkan bagi merawati orang awam yang dijangkiti virus ini.
Kekal berada di rumah dan sentiasa utamakan keselamatan bersama khususnya petugas kesihatan yang mengorbankan diri untuk negara.
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply