Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITATERKINIDr. Mahathir luang masa kayuh basikal, pakai baju logo tertulis "Tanah Aku"

Dr. Mahathir luang masa kayuh basikal, pakai baju logo tertulis “Tanah Aku”

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri 24 Febuari lalu.

Dengan usia 94 tahun, Tun Dr. Mahathir masih cergas dan bertenaga di mana pagi ini  meluangkan masa beriadah mengayuh basikal di tasik Putrajaya.

“Saya berbasikal di keliling tasik Putrajaya pagi tadi. Badan yang cergas dan stamina yang kuat amat penting dalam melaksanakan aktiviti atau pekerjaan yang kita mahu lakukan”, tulisnya di facebook rasmi Dr. Mahathir Mohamad.

Saya berbasikal di keliling tasik Putrajaya pagi tadi. Badan yang cergas dan stamina yang kuat amat penting dalam melaksanakan aktiviti atau pekerjaan yang kita mahu lakukan.

Dikirim oleh Dr. Mahathir bin Mohamad pada Jumat, 06 Maret 2020

Yang pasti, Tun Dr. Mahathir dengan bangganya memakai baju logo tertulis “Tanah Aku”.

Ia merupakan Logo Kongres Maruah Melayu yang di adakan pada tahun lepas.

Antara resolusi kongres, dan juga intipati ucapan Tun Dr. Mahathir, mahukan semua parti-parti Melayu bersatu. Hari ini ia sudah jadi kenyataan walau Tun Dr. Mahathir masih bersama Pakatan Harapan

Apa signal yang Tun Dr. Mahathir mahu berikan dengan memakai baju ini pada hari ini?

DAP dan Pakatan okay? Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah gelar kongres “Barua”, DAP pula gelar kongres Rasis.

Semoga Allah SWT terus kurniakan kesihatan buat Tun Dr. Mahathir ????

“Thus the expert in battle moves the enemy, and is not moved by him.” – Sun Tzu

#Real or #Tactical –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments