Ditampar minta perlahankan bunyi video

0

Di Beijing, seorang pengguna komuter bawah tanah di China bertindak menampar penumpang kerana marah setelah dia diminta untuk memperlahankan bunyi video di telefon bimbitnya.

Lapor Newsweek, kejadian yang berlaku baru-baru ini itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Zhao menampar mangsa.

Dalam video berkenaan, Zhao pada mulanya dilihat berdiri sambil menonton video di telefon bimbitnya di dalam sebuah gerabak komuter bawah tanah di Shanghai, China.

Zhao kemudian dihampiri oleh seorang lelaki muda dikenali sebagai Ni.

Ni menepuk lengan Zhao dan memintanya untuk memperlahankan video yang ditonton namun permintaannya tidak mengendahkan.

Berang dengan teguran itu, Zhao menampar muka Ni sehingga penumpang berada dalam komuter itu terkejut dengan insiden yang berlaku.

Ni tidak membalas tindakan tersebut dan dia hanya membuat laporan polis

Menurut polis Shanghai, pihaknya sudah menahan Zhao dan lelaki itu akan ditahan selama lima hari.

Mudah cerita, amalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain.

Tak rugi berbahasa sesama insan, Allah SWT sayang 🥰❤

Leave a Reply