Diskaun 70 peratus saman JPJ, SPAD sempena kemerdekaan negara

0

Diskaun 70% pembayaran saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Wee Ka Siong berkata JPJ akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan SPAD bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.

“Tawaran ini boleh digunapakai kepada kesemua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1659409347559896&id=1002345083266329

“Nilai yang ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut dan akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

“Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan,” ujar beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply