Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADisiasat kerana didakwa melakukan gangguan seks, Ebit Lew maafkan pemfitnah

Disiasat kerana didakwa melakukan gangguan seks, Ebit Lew maafkan pemfitnah

‘Saya maafkan apa yang terjadi, saya maafkan sesiapa sahaja pun dengan apa yang terjadi’.

Demikian kata Pendakwah terkenal, Ebit Lew kepada pemberita ketika ditemui selepas memberikan keterangan di Bukit Aman, petang tadi.

Ebit Lew berkata, kemaafan itu diberikan susulan beliau dipanggil ke Bukit Aman, bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Saya percaya hidup ini Allah sayang, saya maafkan apa yang terjadi, saya maafkan sesiapa sahaja pun dengan apa yang terjadi.

“Perkara ini membuatkan saya lebih bersemangat dan saya akan terus membuat kebaikan sampai saya mati,” katanya kepada media selepas memberikan keterangan di Bukit Aman, petang tadi.

Ebit Lew, dipanggil oleh D11, bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya.

Pendakwah itu tiba bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican pada jam 9.30 pagi tadi dan keluar pada jam 2 petang. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments