Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADisangka zikir, rupanya ritual di Tanah Perkuburan Danau Kota

Disangka zikir, rupanya ritual di Tanah Perkuburan Danau Kota

Sekumpulan individu berpakaian serba putih yang didakwa terlibat dalam aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota menjadi perhatian ramai selepas video kejadian itu tular di media sosial pada Sabtu.

Seorang pengguna Facebook, Rizuwan Rosly, telah memuat naik beberapa video di laman Facebooknya, meluahkan kebimbangan terhadap apa yang disaksikannya.

Pada mulanya, Rizuwan menyangka kumpulan tersebut sedang berzikir di salah sebuah kubur di tanah perkuburan itu.

Namun, semakin lama diperhatikan, situasi tersebut kelihatan pelik, malah menyerupai ritual pemujaan.

“Aku ingatkan zikir. Tapi lama-lama dengar macam memuja pula. Ini kubur dekat Danau Kota,” tulis Rizuwan dalam hantaran Facebooknya pada hari tersebut.

Video yang dikongsi Rizuwan segera mencetuskan pelbagai reaksi warganet. Beberapa pengguna media sosial turut memuat naik semula video berkenaan di platform lain seperti X, menjadikannya perbualan hangat.

Di ruangan komen, Rizuwan memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan mengenai kejadian itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut.

“Laporan telah dibuat. Akan dibawa ke Jabatan (Agama) Islam, biar pihak berkenaan buat kerja. Biar Jabatan Agama Islam yang tentukan hukum hakamnya,” katanya.

Walau bagaimanapun, sehingga malam Sabtu, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau pihak berkuasa agama lain mengenai insiden yang menjadi tular itu.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments