Dinosaur shopping?
Viral di laman sosial Instagram apabila pelakon Betty Ahmad membeli barang keperluan di sebuah pasaraya dengan mengenakan kostum dinosaur!
Mengapa adik kepada sutradara Erma Fatima dan pelakon Datin Paduka Umie Aida ini sanggup berbuat demikian?
Menurut Betty, selain dari menurut arahan pihak berkuasa agar mengambil langkah pencegahan penyebaran wabak virus COVID-19 ketika berada di luar rumah, inilah caranya dia menyambut ulang tahun kelahiran!
Maklumlah, nak raikannya di luar bersama orang tersayang tidak dibenarkan buat masa ini. Maka, inilah cara menggembirakan dirinya.
Dapat juga menghiburkan hati kakak-kakak dan abang-abang yang sedang bertugas di pasaraya.
Happy Birthday Betty!–THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply