Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADidie Alias sedih dan trauma kehilangan lima ahli keluarga akibat Covid-19

Didie Alias sedih dan trauma kehilangan lima ahli keluarga akibat Covid-19

Pelakon serba boleh Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd @ Ali, 49 masih trauma dan sedih dengan nasib malang menimpa insan tersayang.

Dalam tempoh beberapa bulan ini sahaja Didie berkata dia kehilangan lima ahli keluarga akibat COVID-19 dan ia memberi kesan emosi kepada dirinya.

Didie turut mengaku semakin paranoid dengan situasi penularan pandemik COVID-19 sekarang.

“Saya rasa terkesan apabila satu demi satu anggota keluarga pergi akibat COVID-19. Bermula dengan ibu saudara iaitu adik bongsu sebelah emak.

“Kemudian diikuti nenek saudara, bekas abang ipar dan dua sepupu yang membesar bersama-sama. Luluh rasa hati apabila hanya mampu melihat jenazah mereka yang sudah siap dikapan melalui video yang dikirim”, katanya dalam satu status dimuatnaik di Instagram.

Dalam pada itu dia menyeru semua pihak agar sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

“Antara mangsa adalah insan yang rapat dengan saya. Bayangkan, kami sudah lama tidak berjumpa dan bagaimana perasaan apabila tiba-tiba dikhabarkan mereka sudah meninggal dunia.

“COVID-19 bukanlah sesuatu rekaan. Harapan saya semua orang dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar penularan wabak ini dapat dikekang,” katanya di Instagram. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments