Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADemo Keluar dan #lawan : 20 laporan polis diterima

Demo Keluar dan #lawan : 20 laporan polis diterima

Lebih 20 laporan polis diterima dari seluruh negara membabitkan penganjuran perhimpunan Keluar dan #lawan yang diadakan di ibu kota, semalam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan kepada The Malaya Post berkata, PDRM sudah memulakan siasatan ke atas penganjur dan peserta perhimpunan itu, mengikut peruntukan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta akta lain yang berkaitan.

“Setakat ini, 29 individu dikenal pasti dan akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video dan gambar.

“Kesemua individu terbabit diminta memberikan kerjasama dalam siasatan berhubung perhimpunan itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaya Post.

Tegas beliau, PDRM berulang kali memberi peringatan supaya semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi keselamatan orang ramai.

Justeru, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang sengaja mengingkarinya.

“Sikap penganjur dan peserta yang berdegil mengadakan perhimpunan itu walaupun telah diberi nasihat supaya mengutamakan keselamatan kesihatan, disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

“Dalam situasi penularan COVID-19 kini yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung wabak itu, penganjur dan peserta tetap berdegil dan berhimpun.

“Pemantauan PDRM ketika perhimpunan itu mengesan insiden penganjur dan peserta jelas melanggar SOP PPN serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa,” katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments