Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAEKSKLUSIFDemi perpaduan masa depan, wajar sekolah disatukan - Abu Bakar Yahya

Demi perpaduan masa depan, wajar sekolah disatukan – Abu Bakar Yahya

PUTRAJAYA 10 Sept 2019 : Kajian mendalam dan perbincangan dengan semua pihak berkenaan sistem sekolah satu aliran wajar dilaksanakan segera.

Demikian kata Tuan Abu Bakar Yahya, yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri kepada The Malaya Post berhubung desakan dari pelbagai pihak agar sekolah-sekolah di Malaysia di selaraskan agar perpaduan dikalangan rakyat dapat dipupuk semenjak dari kecil.

“Ya, saya secara peribadi merasakan wajar anak-anak kita dari pelbagai latar belakang kaum, di didik, bergaul sesama mereka sejak dari kecil agar tidak wujud jurang perkauman antara mereka apabila mereka besar”

“Kalau tidak Satu Aliran pun, mungkin boleh teruskan dan kembangkan pelaksanaan Sekolah Wawasan yang di cetuskan oleh Tun Dr Mahathir pada 2002 seperti yang sudah ada di USJ 15, Subang Jaya” kata beliau.

Terdahulu Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam satu kenyataannya berkata beliau melihat konsep Sekolah Wawasan amat berkesan dan sesuai dilaksanakan demi kelangsungan dan kemakmuran Rakyat Malaysia di masa depan, namun dibantah pertubuhan bukan kerajaan Dong Zong.

foto: Facebook Tun Dr Mahathir

“Dong Zong ini rasis, kita buat sekolah satu kampus Sekolah Wawasan nak letak Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil dan sekolah kebangsaan di dalam satu kampus, mereka tidak mahu.

“Sebabnya (mereka) takut anak-anak dia bercampur dengan Melayu, jadi dia tidak mahu. Semuanya (yang dilaksanakan kerajaan) dia bantah, tidak pernah bersetuju dengan apa pun,” kata Perdana Menteri pada bulan Ogos lalu di Langkawi.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments