Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADatuk Jamali Shadat meninggal dunia

Datuk Jamali Shadat meninggal dunia

Pelawak dan pelakon veteran popular, Datuk Jamali Shadat, 78 tahun, meninggal dunia pada 8.30 pagi tadi.

“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” demikian memetik kata-kata cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31 tahun.

Terdahulu, keadaan Jamali uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Allahyarham juga dikatakan amat terkesan dengan kematian arwah isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.

Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.

Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih.

“Setelah kematian nenek, Allahyarham dijaga oleh bapa saudara saya, Fauzi yang bersebelahan dengan rumahnya,” kata Isyraq lagi.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1942 di
Bukit Kapar, Klang, Selangor dan mempunyai lapan anak serta 39 cucu.

Mula bergiat aktif dipersada seni tanah air seawal tahun 1970 hingga 2020 sebelum mengurangkan aktiviti seninya kerana masalah kesihatan.

Sewaktu zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.

Allahyarham juga sinonim dengan kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini.

Antara filem dan rancangan yang pernah dijayakan beliau ialah Aku Yang Berhormat (1983), Hantu Siang (1986), Mr Cinderella 2 (2003) dan Senario the Movie (2009).

Salam takziah dari kami warga kerja The Malaya Post.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments