Dato’ Ustaz Hj Ismail Kamus meninggal dunia

0

Pendakwah terkenal Dato’ Ustaz Hj Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi.

Memetik sumber rasmi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Allahyarham meninggal dunia jam 12.30 malam ini (Jumaat, 8 Mei 2020) di kediamannya di Ampang.

RASMI : DATO' ISMAIL KAMUS KEMBALI KE RAHMATULLAHTokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubtan Islam…

Dikirim oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia pada Kamis, 07 Mei 2020

Allahyarham dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Media melaporkan, pemeriksaan di HKL mendapati terdapat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham Dato’ Ismail, 72 tahun yang merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.

Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Kami di The Malaya Post mendoakan semoga amal ibadah Almarhum selama hidupnya diterima di sisi Allah SWT dan bagi keluarga yang ditinggalkan semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ketentuanNya ini.

Al Fatihah ????

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply