Saturday, July 27, 2024
HomeBERITADato’ T Murugiah saran Allahyarham Abdul Rahman Hashim dikurnia darjah kebesaran tertinggi...

Dato’ T Murugiah saran Allahyarham Abdul Rahman Hashim dikurnia darjah kebesaran tertinggi negara

Tanggal 7 Jun 1974, gugurnya seorang wira negara iaitu bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Abdul Rahman Hashim.

Kematiannya merupakan satu kisah yang begitu tragis apabila ditembak mati oleh dua orang pembunuh upahan dengan 11 das tembakan kearahnya.

Peristiwa yang berlaku 46 tahun lalu kini masih menjadi tanda tanya siapa dan apakah motif si pembunuh berkenaan.

Naib Presiden MIC, Dato’ T Murugiah berkongsi rasa pemergian wira negara itu.

Tambahnya, tidak ternilai pergorbanan tumpahnya darah seorang wira negara dan beliau mencadangkan agar kerajaan memberi anugerah istimewa sebagai menghargai jasa Allahyarham Abdul Rahman Hashim selama berkhidmat.

“Sebagai peringatan dan penghargaan negara kepada wira yang gugur ini dikurniakan nama sebuah jalan atas nama wira kita Abdul Rahman Hashim di tengah kota metropolitan yang sedang rancak terus membangun.

“Selain itu, satu Darjah Kebesaran yang tertinggi di peringkat negara juga harus dikurniakan kepadanya.

“Saya yakin ahli keluarganya berbesar hati untuk menerima anugerah itu bagi pihak Allahyarham.

“Dengan ini, kita dapat menyatakan penghargaan kepada ahli keluarganya yang masih sedih dengan tragedi yang berlaku sejak 46 tahun yang lalu,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Tambahnya lagi, beliau sendiri berbesar hati untuk menghadap kepimpinan tertinggi bagi menyatakan hasrat dan cadangan yang diutarakan ini.

Beliau turut berharap kisah pergorbanan dan pemergian wira negara ini akan sentiasa diingati dan dikenang sepanjang masa.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments