Dato’ Seri Mohd Najib Razak akan melafazkan sumpah laknat nafi dakwaan akuan bersumpah Azilah Hadri selepas solat Jumaat di Masjid Jamek, Kg Baru hari ini

0

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Razak akan melafazkan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpah bekas anggota Unit Tindakan khas (UTK), Azilah Hadri.

“Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.”

“Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas solat Jumaat minggu ini,” katanya.

Antara intipati akuan bersumpah atau SD yang didakwa ditulis oleh Azilah mendakwa dia mendapat arahan secara terus daripada bekas Dato’ Seri Najib untuk membunuh Altantuya.

Dia juga mendakwa Dato’ Seri Najib dan Razak Baginda meyakinkannya bahawa Altantuya adalah perisik asing yang mengancam keselamatan negara.

Dato’ Seri Najib dalam reaksi balasnya pada 16 Disember lalu menyifatkan dakwaan itu sebagai “semata-mata rekaan”.

SD itu merupakan dokumen sokongan bagi
permohonan Azilah untuk menyemak semula terhadap penghakiman Mahkamah Persekutuan yang mensabitkannya atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu, yang menyebabkannya dijatuhkan hukuman mati.

Permohonan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 20 April depan.

Leave a Reply