Saturday, May 18, 2024
HomeBERITADato’ Seri Ahmad Khusairi Yahaya dilantik Pengarah Siasatan SPRM baharu

Dato’ Seri Ahmad Khusairi Yahaya dilantik Pengarah Siasatan SPRM baharu

Berkuat kuasa 24 Disember lalu, jawatan Pengarah Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu telah disandang oleh Dato’ Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Pelantikan tersebut dibuat selepas penyandang jawatan berkenaan yang sebelum ini dipegang oleh Datuk Seri Simi Abdul Ghani yang telah berkhidmat selama 36 tahun bersara.

Sebelum ini Ahmad Khusairi, 52 tahun, menyandang jawatan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM dan pernah memegang jawatan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan serta Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Manakala Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Datuk Abd Aziz Aban pula dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perisikan bagi menggantikan Ahmad Khusairi.

Beliau pernah memegang jawatan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pengarah SPRM Kelantan dan Pengarah SPRM Pulau Pinang sebelum ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments