Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menghadap Sultan Perak

0

Susulan pengumuman pembentukan kerajaan baharu di Perak dengan gabungan Parti BERSATU, UMNO dan PAS semalam, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini dilaporkan menghadap Sultan Perak.

Dato’ Seri Ahmad Faizal tiba di perkarangan Istana Kinta kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

Ketibaannya ke istana adalah untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bagi membincangkan situasi terkini politik negeri.

Beliau juga akan mengutarakan beberapa senarai calon yang bakal memenuhi jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply