Saturday, October 19, 2024
HomeBERITADapur TMP: Resepi mudah nasi daging

Dapur TMP: Resepi mudah nasi daging

Anda merancang menu enak buat keluarga atau tetamu yang bakal berkunjung hujung minggu ini?

Atau mungkin sedang merencana bekalan untuk beriadah di tempat perkelahan?

Apa kata anda cuba resepi nasi daging yang mudah namun pasti enak ini. Jom kami kongsi.

Bahan-bahannya :

1. Mentega untuk menumis
2. Perencah 4 sekawan
3. 1/2 biji bawang besar dihiris
4. 2 ulas bawang putih dihiris
5. 2 helai daun pandan gunting sederhana panjang
6.1 tin kurma daging Adabi / jenama lain
7. 2 tin air (tin kurma daging tadi)
8. 2 tin beras wangi (tin kurma daging tadi)
9. 2 cili hijau jika suka

Cara penyediaannya :

1. Panaskan mentega.

2. Tumis 4 sekawan, bawang besar, bawang putih dan daun pandan.

3. Setelah bawang layu, masukkan kurma daging. Masak sebentar hingga mereneh, kemudian masukkan air.

4. Apabila air dah mereneh, tutup api lalu alihkan masakan kedalam periuk nasi.

5. Masukkan beras wangi dan letak cili hijau. Masak seperti biasa.

Mudah bukan? Kemudian anda boleh sediakan air asam atau cili jeruk untuk menambah rasa.

Selamat mencuba! 🍲

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments