Saturday, June 22, 2024
HomeBERITADapat RM50 kredit e-dompet selepas muat turun MySejahtera

Dapat RM50 kredit e-dompet selepas muat turun MySejahtera

Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke akaun e-dompet pengguna yang telah memuat turun aplikasi MySejahtera.

Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob inisiatif ini diberikan selaras seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 7 Jun 2020.

“Pendekatan ini bagi menggalakkan orang ramai untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi ini.

“Kerajaan menyarankan rakyat Malaysia untuk memuat turun aplikasi berkenaan bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri.

“Dengan memuat turun aplikasi ini, ia dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19,” jelas beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments