Sunday, September 8, 2024
HomeBERITADagangan Bursa Malaysia dibuka seperti biasa, Ketua Pegawai Eksekutif nafi sistem digodam

Dagangan Bursa Malaysia dibuka seperti biasa, Ketua Pegawai Eksekutif nafi sistem digodam

Dagangan di Bursa Malaysia Securities Berhad disambung semula jam 9 pagi ini selepas dihentikan pada 4.45 petang semalam disebabkan isu teknikal.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhamad Umar Swift dalam satu kenyataan berkata gangguan itu tiada kaitan dengan isu keselamatan atau serangan siber.

Malah sistem berkenaan kekal selamat dan dilindungi.

“Kami memohon maaf kepada semua pelanggan dan pemegang saham Bursa Malaysia atas gangguan dagangan berkenaan.

“Pasukan kami mengambil tindakan segera untuk mengenal pasti masalah dan berkomunikasi dengan semua pihak bagi menentukan punca dan impaknya,” katanya.

Datuk Muhamad Umar berkata, masalah itu adalah insiden teknikal terpencil dan pasukannya telah mengambil tindakan yang bersesuaian untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan supaya tidak berulang pada masa depan.

“Bursa kekal fokus dalam memastikan gangguan minimum dalam dagangan,” katanya.

Semalam, dagangan dalam pasaran ekuiti dihentikan.

Manakala pasaran derivatif tidak terjejas dan terus berurus niaga seperti biasa.

Dagangan di Bursa Malaysia dibuka pada 9.00 pagi tadi seperti biasa, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka 2.26 mata lebih tinggi pada 1,598.27.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments