Friday, November 20, 2026
HomeBERITACukai jalan, lesen boleh diperbaharui di kaunter Pos Malaysia mulai esok

Cukai jalan, lesen boleh diperbaharui di kaunter Pos Malaysia mulai esok

Mulai esok, orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh berbuat demikian secara jumpa terus di mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara.

Manakala bagi yang telah membuat janji temu untuk perkhidmatan pembaharuan Jabatan Pengangkutan Jalan boleh memilih untuk meneruskan janji temu itu pada tarikh, masa dan lokasi pilihan di mana-mana cawangan pejabat pos.

Perkara itu disahkan Pos Malaysia dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

“Pelanggan juga boleh memperbaharui insurans kenderaan motor mereka menerusi kaunter pejabat pos atau secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi mudah alih,” kata kenyataan itu.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menggunakan ‘AskPos’ di laman web www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Pada Jumaat lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratorium bagi pembaharuan LKM dan LMM dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Katanya, pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments