Monday, July 15, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Warga emas AS semakin pulih

COVID-19 : Warga emas AS semakin pulih

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumk kes ke-22 yang melibatkan seorang wanita warganegara Amerika Syarikat, 83 tahun telah menunjukkan status perkembangan kesihatan yang sangat baik namun masih perlu dipantau kerana mengalami sedikit batuk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan, kes terbabit dikesan bergejala melalui ‘thermal scanner’ pada 15 februari 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya lagi, setelah dimasukkan ke hospital yang sama, pesakit telah diambil beberapa sampel klinikal iaitu oropharyngeal serta nasophadyngeal, dan setelah menjalani proses ujian pengesahan pesakit disahkan positif COVID-19 dan kedua dua ujian dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Pesakit telah diberikan rawatan antiviral (lopinavir/Ritonavir) serta bantuan oksigen bagi gejala yang dihadapinya.

Selepas lebih 72 jam diberikan rawatan, kes berkenaan menunjukkan perubahan kesihatan yang baik, dan setelah melakukan ujian pengesahan COVID-19 sebanyak 2 kali dengan jarak 24 jam bagi satu ujian, kedua duanya menunjukkan keputusan negatif.

Ujian pengesanan ulangan ini dilakukan bagi memastikan kes telah sembuh sepenuhnya dan negatif COVID-19.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments