Wednesday, May 8, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Video viral hanya latihan kesiapsiagaan - Pengarah Hospital Selayang

COVID-19 : Video viral hanya latihan kesiapsiagaan – Pengarah Hospital Selayang

Pengarah Hospital Selayang, Dr Sakinah Alwi tampil memberi maklum balas berkenaan susulan rakaman video yang telah tular di laman sosial berkenaan wabak COVID-19.

Beliau berkata, rakaman video terbabit adalah latihan kesiapsiagaan yang diadakan oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang bagi menghadapi wabak COVID-19.

Bahkan, sehingga hari ini tiada sebarang rekod jangkitan COVID-19 yang disahkan di hospital terbabit dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu.

“Sebarang pertanyaan atau keraguan pesakit dan keluarga boleh mendapatkan penjelasan berkaitan Hospital Selayang melalui saluran yang tepat dan bersesuaian,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments