Pertama kali dalam sejarah. Kes baharu positif COVID-19 meningkat lagi hari mencecah lebih dua ribu kes.
Status terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,188 kes positif membabitkan kes tempatan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 58,847 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,673 orang, menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj adalah 44,153.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,353 orang manakala 112 pesakit berada di ICU dan 49 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dilaporkan empat kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 341 kes.
Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Anda dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply