Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan sebanyak 3,048 kes baharu membabitkan 3,040 kes tempatan manakala lapan yang lain adalah kes import.
Catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 186,849 kes.
Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,638 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 145,084 kes.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 41,676 orang (22%) manakala 261 pesakit berada di ICU dan 101 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
11 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 689 kes (0.4%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply