Saturday, June 15, 2024
HomeBERITACOVID-19 : KKM saran masyarakat tingkat kebersihan diri

COVID-19 : KKM saran masyarakat tingkat kebersihan diri

Berikutan penularan gelombang kedua jangkitan COVID-19 yang semakin berleluasa di seluruh dunia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan orang ramai mengamalkan kebersihan diri semaksima mungkin.

Antara langkah-langkah yang boleh dipraktikkan bagi melindungi diri daripada dijangkiti wabak ini adalah seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Jika anda berada dalam tempoh lawatan ke tempat-tempat yang berlaku wabak ini, sentiasalah memakai penutup mulut dan hidung (face mask) serta membawa bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Seterusnya, hadkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala.

Selain itu, elakkan dari melawat ke ladang peternakan haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

Masyarakat juga disarankan agar tidak memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

Sekiranya, anda mengalami gejala jangkitan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut segeralah mendapatkan rawatan perubatan.

Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments