Sejak akhir-akhir ini, kes-kes membabitkan ‘Brought In Dead’ atau BID di sekitar Lembah Klang semakin meningkat.
Statistik terkini Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan daripada 36 kes kematian hari ini, Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu 8 kes.
Ia diikuti P.Pinang (6) dan masing-masing 5 kes di Sarawak dan Kedah.
Kes kematian tertua pada hari ini berusia 93 tahun manakala kes kematian termuda berusia 29 tahun. Kesemua kes mempunyai komorbiditi.
Malah, 25 (69.4%) kes kematian hari ini merupakan warga emas.

Al Fatihah..Semoga roh mereka dicucuri rahmat. –THE MALAYA POST.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply