Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : Kelaparan sejagat catat lonjakan terbesar dalam tempoh beberapa dekad

COVID-19 : Kelaparan sejagat catat lonjakan terbesar dalam tempoh beberapa dekad

Bilangan penduduk dunia yang menderitai kelaparan dianggarkan meningkat 18 peratus akibat pandemik COVID-19, menurut satu laporan dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Malah, laporan itu memberi amaran bahawa penularan wabak berkenaan menyebabkan usaha untuk mencapai matlamat membasmi kelaparan di dunia menjelang 2030, kini tersasar ke arah yang salah.

“Kemerosotan ekonomi akibat langkah sekatan bagi mengekang penularan COVID-19 di seluruh dunia, telah menyumbang salah satu peningkatan terbesar kelaparan sejagat dalam tempoh beberapa dekad,” katanya.

Memetik laporan AFP, laporan tahunan membabitkan beberapa agensi PBB itu menganggarkan pertambahan 118 juta orang lagi yang menderitai kelaparan pada 2020, atau meningkat 18 peratus berbanding 2019, walaupun impak penuh pandemik berkenaan belum dapat dipastikan.

“Hampir seorang daripada setiap tiga penduduk di dunia (2.37 bilion) tiada akses makanan yang mencukupi pada 2020 – meningkat hampir 320 juta orang dalam masa hanya setahun. Seorang daripada setiap 10 orang mengalami kekurangan zat makanan,” katanya.

Keadaan itu berleluasa susulan kemerosotan ekonomi memberi kesan terhadap hampir keseluruhan negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagaimanapun, kesan terbesar dialami negara yang turut menghadapi bencana berkait dengan iklim atau konflik atau kedua-duanya.

Menurut laporan itu lagi, lebih separuh daripada jumlah penduduk berdepan kekurangan zat makanan tinggal di Asia (418 juta), lebih satu per tiga lagi di Afrika (282 juta) dan lapan peratus di Amerika Latin (60 juta).

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceAFP
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments